Majlis Tertinggi (MT) Umno akan membuat keputusan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada mesyuaratnya akan datang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan tindakan Timbalan Presiden yang digantung dan bekas Menteri Besar Kedah itu menyertai ‘Kongres Selamatkan Malaysia’ pada Ahad.

Kedua-dua mereka adalah antara 18 penceramah yang berucap dalam kongres itu bagi menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita akan bincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang akan datang,” kata Zahid.

Pada Sabtu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata parti itu akan mengambil tindakan tatatertib termasuk melucutkan keahlian mana-mana anggotanya yang menghadiri perhimpunan itu pada Ahad.

Gerakan Selamatkan Malaysia yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohammad menggesa supaya Najib meletak jawatan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *