Datuk Seri Najib Razak tiba di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini, bagi merasmikan Perhimpunan Gen Y Green The City Melaka 2017.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba dengan menaiki bas elektrik bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman kira-kira jam 10.10 pagi disambut barisan EXCO kerajaan negeri serta lebih 80,000 pengunjung terdiri daripada golongan belia.

Pada majlis sama, Najib akan menanam kapsul masa iaitu ‘Warkah PM’ kepada generasi muda yang akan dibuka semula pada 1 Januari 2050 oleh Perdana Menteri ketika itu.

Terdahulu, Perdana Menteri melepaskan kira-kira 2,000 peserta yang menyertai larian ‘Gen-Y Resilient Melaka Fun Ride’ di Bandar Hilir pada jam 9.10 pagi.

Semalam, Najib meluangkan masa bagi menyaksikan perlawanan akhir badminton sempena Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (PTIWRBNM) 2017 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Bertemakan ‘Sukan, Sihat, Hijau’, PTIWRBNM 2017 yang bermula Rabu lalu dan berakhir hari ini menyaksikan penyertaan kira-kira 500 peserta dari seluruh negara yang bertanding dalam acara badminton dan tenpin boling.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *