Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 bermula pada Khamis dengan majlis perasmian oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Mengikut tradisi, acara perhimpunan dimulakan dengan upacara perbarisan dan menaikkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Umno Sang Saka Bangsa, nyanyian lagu Negaraku, lagu parti “Bersatu, Bersedia, Berkhidmat” dan ketiga-tiga lagu sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang bergema di Plaza Merdeka, sebelum acara beralih ke Dewan Merdeka.

Najib yang juga perdana menteri kemudiannya akan menyampaikan ucapan dasar presiden di hadapan 2,762 anggota perwakilan.

Sebelum ucapan dasar, satu laporan kewangan dan keahlian dibentangkan oleh Bendahari Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *