MyPPP akan terus setia kepada Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun parti itu tidak ditawarkan jawatan dalam Kabinet.

Presidennya Tan Sri M. Kayveas berkata parti itu akan bersama-sama membangunkan ekonomi dan memastikan kestabilan politik di negara ini.

“BN adalah satu parti yang kukuh, mampu membawa pembangunan dan keamanan kepada seluruh rakyat.

“Jadi, ini kita ambil berat dan kita akan kerja untuk teruskan sumbangan kepada negara selain daripada fikir tentang kerusi dan jawatan semata,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Bersama Media sempena Ulang Tahun MyPPP ke 63 di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Sementara itu, Kayveas berkata MyPPP akan melaksanakan pelbagai kerja amal bersama komuniti bagi menggalakkan kerjasama dalam kalangan sayap parti untuk membantu rakyat.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *