Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, hari ini menyertai semula UMNO.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan bekas Menteri Kabinet ini kembali ke pangkuan UMNO dibuat selepas beliau hilang kepercayaan kepada pembangkang terutama PKR.

“Beliau masuk kembali UMNO kerana keikhlasannya, tanpa ada sebarang tuntutan dan ia dibuat atas kesedaran perjuangan saja tanpa ada niat apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Ahli Majlis Tetinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO, yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa serta Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Hadir sama, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermiyati Samsuddin.

Muhamamad Taib sebelum ini PAS dan kemudiannya PKR selepas meninggalkan UMNO.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *