Ketua pasukan England dan Manchester United, Wayne Rooney kini mempunyai sebab untuk merasa gembira menjadi anak didik Jose Mourinho.

Ini kerana, usaha Rooney sejak sekian lama untuk menganjurkan satu perlawanan amal telah dipersetujui oleh Mourinho.

Perlawanan amal untuk mengumpul sebanyak £5 juta bagi pertubuhan kanak-kanak berkenaan sebelum ini tidak dipersetujui oleh Louis Van Gaal ketika mentadbir United.

Bagaimanapun selepas beberapa hari dilantik pengendali baharu United, Mourinho terus memberi lampu hijau kepada Rooney untuk menganjurkan perlawanan berkenaan.

Perlawanan amal menentang Everton itu dijangka diadakan pada 3 Ogos – empat hari sebelum musim baru membuka tirainya.

Tindakan Mourinho itu juga dikatakan sebahagian daripada proses psikologi terhadap pemain untuk lebih bersemangat memulakan kempen musim depan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *