Mourinho menegaskan bahawa Manchester United akan bermain dengan tempo dan gaya berbeza berbanding corak permainan Louis van Gaal yang diketahui lebih cenderung kepada penguasaan bola.

Van Gaal dipecat pada Mei sejurus selepas membawa United menjuarai Piala FA Inggeris, satu-satunya gelaran juara sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan United pada Mei 2013.

Pengurus dari Belanda itu kerap menerima kritikan gara-gara corak permainan yang dipamerkan, yang menyaksikan United hanya mencatatkan sebanyak 49 gol dalam 38 perlawanan.

Pada sidang akhbar pertamanya, Mourinho segera meyakinkan penyokong United bahawa segala-galanya akan menjadi sangat berbeza di bawah pengawasannya.

Katanya kepada MUTV: “Ya, kami mahu bermain berbeza berbanding musim lalu. Mr Van Gaal sememangnya pengurus top dan falsafah beliau adalah sangat jelas.

“Falsafah saya adalah berbeza, ia bukannya lebih baik, ia berbeza. Bola sepak saya adalah berbeza.

“Saya lebih vertikal, saya lebih sengit. Saya sukakan penguasaan bola itu sebagai satu cara untuk mewujudkan peluang untuk menyerang, saya tidak suka untuk hanya menjaga penguasaan bola dalam statistik.

“Saya tidak takut untuk membuat peralihan dalam permainan, dan saya tidak takut kehilangan bola, saya tidak takut risiko.”

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *