Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui skuadnya kekurangan ‘pembunuh’ di depan gol sekaligus menunjukkan minat untuk membeli penyerang baharu.

United mencatat jumlah gol paling rendah dalam kelompok tujuh kelab terbaik Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Zlatan Ibramovic merupakan penjaring terbanyak kelab dengan 27 gol bagi semua perlawanan dan Mourinho tertanya-tanya sama ada skuadnya itu ‘jatuh cinta dengan gol’ atau tidak.

Juan Mata merupakan penjaring kedua terbanyak kelab dengan sepuluh gol manakala Marcus Rashford, Anthony Martial, Henrikh Mkhitaryan dan Paul Pogba tujuh gol, diikuti Wayne Rooney lima gol.

Malah Mourinho menggesa Rashford supaya kembali cemerlang musim depan, namun mengakui United memerlukan ‘penceroboh’ seperti bekas pemain pilihan di Old Trafford sebelum ini, Javier Hernandez yang kini bersama Bayer Leverkusen  sejak dua tahun lalu selepas semusim dipinjamkan ke Real Madrid.

Difahamkan perpindahan Hernandez itu tidak ada pilihan untuk United membelinya balik.

“Kami ada beberapa pemain yang tidak jatuh cinta dengan gol.

“Mereka bermain bagus, kreatif malah mampu mencipta peluang gol, tetapi secara semulajadinya mereka bukan kategori ‘pembunuh’.

“Saya bagi contoh ringkas. Jika kami bermain di Old Trafford dan menguasai permainan di bahagian kotak penalti,  saya yakin Chicharito boleh meraih 20 gol dengan mudah.

“Walaupun hanya bermain sepuluh atau 20 minit terakhir, dia mampu menyumbat 20 gol. Dia adalah pemain semula jadi yang melekat dengan bola ke sana ke sini. Boom! Gol.

“Penjaga gol menyelamatkan bola. Boom! Gol. Hantaran lintang, dia yang akan menjadi pemain awal menanduk ke gawang. Gol.

“Dengan gaya permainan sekarang, kami tidak menjaringkan gol yang cukup, dan pasukan lawan yang tiba di Old Trafford sudah sedar mengenainya. Mereka dapat rasakan keadaan itu dan bermain secara bertahan,” ujar Mourinho.

United sebelum ini dilaporkan berminat terhadap penyerang Atletico Madrid Antoine Griezmann, Romelu Lukaku (Everton) dan Alexis Sanchez dari Arsenal.

“Mungkin, mungkin,” jelasnya mengenai laporan tersebut.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *