Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Moscow, Pyongyang Selesai Cara Aman Krisis Senjata

Moscow, Pyongyang Selesai Cara Aman Krisis Senjata

Moscow sedia bekerjasama dengan Pyongyang mencari jalan penyelesaian aman bagi mengakhiri krisis peluru berpandu Korea Utara.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan mesyuarat antara Duta Besar Russia, Oleg Burmistrov dan Ketua Pengarah Jabatan Amerika Utara, Kementerian Luar Korea Utara, Choe Son-hui.

Menurut Kementerian Luar Russia, Son-hui turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Luar Russia, Igor Morgulov.

“Pihak Russia sudah mengesahkan kesediaan mereka untuk bekerjasama bagi mencari jalan menyelesaikan masalah di wilayah ini secara damai, menggunakan kaedah politik dan diplomatik,” katanya. – REUTERS

Leave a Reply

Top