Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Mohd Fasiah dan Isteri Yang Terawal Buang Undi di Sabak Bernam

Mohd Fasiah dan Isteri Yang Terawal Buang Undi di Sabak Bernam

SABAK BERNAM, Calon Barisan Nasional Sabak Bernam telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi apabila berbuat demikian pada hari ini.

Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh membuang undi di Sekolah Rendah Agama Batu Dua Sapintas pada jam 8.00 pagi. Beliau merupakan pengundi pertama berbuat demikian.

Isteri beliau Datin Mahayani Abd Ghani turut membuang undi di tempat sama dan beliau merupakan pengundi kedua selepas suaminya.

Selepas selesai mengundi, Mohd. Fasiah bersalaman dengan pengundi dan seterusnya minum pagi dengan petugas dan pihak media.

Mohd. Fasiah mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada petugas yang telah bertungkus lumus membantu beliau sepanjang kempen PRU 14 dijalankan.

Leave a Reply

Top