Michael Carrick melanjutkan kontraknya bersama Manchester United selama setahun lagi untuk berada di bawah kendalian Jose Mourinho.

Pemain berusia 34 tahun itu yang menyertai United dari Tottenham pada 2006 telah bersetuju untuk melanjutkan kontraknya sehingga 2017 – kekal untuk tahun kesebelas di Old Trafford.

Sepanjang berada di United, Carrick berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak lima kali, Piala FA, Piala Liga, Piala Dunia Kelab Fifa dan Piala Liga Juara-Juara Eropah.

“Ini adalah kelab terhebat yang bersama saya sejak 10 tahun lalu. Oleh itu saya sangat teruja untuk meneruskan pejuangan di sini,” katanya.

Carrick turut meluahkan kegembiraan dan prospek untuk bekerjasama dengan Mourinho yang telah dilantik sebagai jurulatih baharu pada bulan lalu.

“Menjadi peluang terhebat untuk bekerja di bawah Mourinho. Individu yang teruja untuk memenangi banyak kejuaraan dalam kariernya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang banyak membantu dan menyokong karier saya di sini.

“Memenangi Piala FA antara yang terindah setakat ini dan saya berharap kita akan memenangi banyak  piala lagi selepas ini,” jelasnya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *