Mercu tanda terkenal kota London, menara jam Big Ben akan `senyap’ selama empat tahun bermula hari ini susulan kerja pengubahsuaian.

Sebanyak 12 dentingan pada tengah hari ini adalah kali terakhir menara jam paling terkenal di dunia itu memperdengarkan ‘suaranya’ sebelum berehat buat seketika.

Ini adalah tempoh ‘rehat paling panjang’ dilalui menara jam berkenaan dalam sejarah 157 tahun kewujudanya.

Seorang pengunjung, Denise Wiand, berkata Big Ben membangkitkan nostalgia tersendiri buatnya, yang melihat menara jam terbabit sejak kecil lagi.

“Saya boleh melihat ia dari rumah dan saya membesar bersamanya. Kini, saya berusia 72 tahun dan khuatir ini adalah kali akhir saya berpeluang mendengar bunyi jam itu berdenting,” katanya.

Seorang pelancong dari Jerman, Thomas Moser, 54 berkata, beliau sama-sama mendengar dan menghayati dentingan akhir jam berkenaan. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *