Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) bersedia menyiarkan secara langsut debat mengenai isu tanah Taman Manggis antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di stesen televisyen TV3.

Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen MPB Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah berkata beliau mengambil maklum kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengenai kesanggupan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan debat berkenaan.

“Saya ingin menyatakan bahawa Rangkaian Televisyen MPB juga bersedia menyiarkan debat tersebut secara langsung di TV3, seperti yang disarankan oleh YAB Lim Guan Eng, pada tarikh dan masa yang dipersetujui oleh YAB Lim Guan Eng dan YB Datuk Abdul Rahman Dahlan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam Sabtu.

Semalam, Salleh berkata RTM bersedia menyiarkan secara langsung debat anatra Abdul Rahman dan Lim.

Sebelum ini, BN mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah Taman Manggis yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *