Tahap kesihatan lagenda tinju dunia, Muhammad Ali menjadi tanda tanya apabila terdapat laporan yang mengatakan beliau kini terpaksa bergantung kepada alat bantuan hayat.

Walau bagaimanapun, jurucakap keluarga menegaskan bahawa bekas juara heavyweight dunia berusia 74 tahun itu yang menderita akibat Parkinson kini dilaporkan “dalam keadaan baik”.

Jurucakap keluarga, Bob Gunnell, memberitahu Louisville Courier-Journal bahawa Ali yang dimasukkan ke hospital di Phoenix pada Khamis kini semakin pulih daripada masalah pernafasan.

Susulan laporan dalam talian yang menyebut bahawa bekas peninju itu menggunakan alat bantuan hayat, Gunnell berkata bahawa setiap kali Ali berada di hospital, ia mencetuskan “kegilaan media,” lapor Courier-Journal.

Portal berita selebriti Amerika, radaronline.com memetik sumber tanpa nama sebagai berkata bahawa Ali memerlukan bantuan pernafasan dan ia membimbangkan ahli keluarganya yang berkumpul di sisi katil.

Gunnell telah mendedahkan kepada umum bahawa Ali dimasukkan ke hospital pada Khamis.

Namun hingga kini dia tidak memberikan komen susulan berhubung perkembangan semasa.

Ali menghidap penyakit Parkinson selama lebih daripada tiga dekad lalu.

The New York Post dan International Business Times turut memetik satu laporan di laman web Radar Online yang menyatakan Ali telah diberi alat bantuan hayat.

Radar Online memetik “orang dalam” sebagai berkata, “Doktor memberitahu keluarga bahawa ia (alat bantuan) mungkin tidak akan lama sehingga dia meninggal dunia”.

Sementara itu Mirror Britain melaporkan bahawa empat daripada sembilan anak-anaknya bergegas untuk bersama juara dunia berkenaan.

Manakala Associated Press memetik dua orang biasa dengan keadaan beliau sebagai berkata bahawa Ali menghadapi masalah kesihatan yang lebih serius berbanding sebelum ini kerana penyakit Parkinson itu.

Berita masalah kesihatan terbarunya ini mencetuskan kebimbangan di kalangan peminatnya. –Reuters/AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *