KUALA TERENGGANU, Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini bersama 3,000 buah motosikal berkonvoi dari Stadium Gong Badak ke Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu bagi melancarkan Briged Gempur Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Briged Jeneral Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda BN Negeri Mohd Johari Abu Bakar dan seluruh kepimpinan pemuda BN Terengganu bersama dalam konvoi berkenaan dan sekaligus melancarkan Bridge Gempur peringkat negeri Terengganu.

Sebelum itu, Ahmad  Razif turut bersama 25 ribu rakyat negeri ini dalam program Fit Malaysia yang mana dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

MB Razif dan Khairy juga turut sama mengayuh basikal sejauh 10 kilometer yang bermula pada jam 7.30 pagi ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *