Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sedia bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil, Kedah pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) .

Mashitah yang juga Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) berkata, sudah tiba masanya DUN itu diwakili pemimpin wanita yang mempunyai latar belakang agama kerana kawasan itu banyak menempatkan pusat tahfiz dan pondok di Kedah.

“Insya-Allah, sekiranya diberi peluang saya bersedia untuk bertanding di peringkat DUN untuk mencukupkan kuota calon wanita.

“Saya rasa kita perlu ada wanita profesional, …lebih-lebih lagi Kedah mempunyai institusi-institusi agama jadi memerlukan orang yang mempunyai latar belakang agama yang menerajui, supaya rakyat yakin apabila kita bercakap tentang agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Ala Carte Pagi terbitan BERNAMA Radio di sini pada Rabu.

Mashitah yang pernah menang kerusi Parlimen Baling pada 2004 berkata usaha untuk memartabatkan peranan wanita iaitu menambah kuota calon sebanyak 30 peratus pada PRU14 sudah pun disuarakan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dan sudah tiba masanya ia direalisasikan pada PRU14 nanti.

Sejak 2008, DUN Kuala Ketil dikuasai PAS.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *