Biro Politik PKR akan membincangkan nasib tiga exco PAS pada mesyuarat yang akan datang, kata Datuk Seri Azmin Ali. Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun tidak memberitahu bila mesyuarat itu akan diadakan.

Tiga exco PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib diminta melepaskan jawatan masing-masing susulan tindakan parti tersebut menamatkan hubungan politik dengan PKR.

Azmin yang kembali dari lawatan kerja ke German pada Jumaat berkata beliau menerima panggilan telefon daripada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja di tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Azmin, Anwar mahu beliau terus bersikap terbuka untuk berbincang dengan PAS.

Malah, Azmin berkata beliau turut menerima kenyataan rasmi daripada kepimpinan PAS bahawa Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man mahu mengadakan pertemuan bagi membicangkan perkara itu.

Jelas Azmin, kedudukan PKR pada awalnya adalah terbuka untuk sebarang perbincangan.

“Tetapi sudah tentu saya perlu melaporkan dan berbincang dengan pemimpin parti saya terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan mesyuarat lain,” katanya.

Azmin berkata demikian selepas merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ke-12 di sini Jumaat.

Ketika ditanya tarikh beliau akan bertemu PAS, Azmin berkata:”Tarikh itu tak penting. Apa yang penting adalah kita berbincang dan menang pilihan raya.

“Mengenai khabar angin bahawa bekas pemimpin PKR akan menyertai PAS bersama-sama dengan beberapa wakil rakyat PKR untuk merombak pentadbiran kerajaan Selangor, Azmin berkata ia bukan isu.

“Kerajaan negeri kita stabil. Saya mempunyai sokongan daripada semua Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor dalam bentuk bertulis dan juga dalam mesyuarat saya bersama dengan pemimpin PAS sebelum saya pergi ke luar negara,” katanya.

Beliau menegaskan Selangor tidak dilanda sebarang krisis.

Khabar angin bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menyertai PAS bersama dengan empat lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR mula bertiup kencang.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *