Meskipun tidak layak menyertai Liga Juara-Juara pada musim ini, hal itu tidak menghalng Manchester United menjadi kelab pertama di Britain yang mencatat pendapatan sebanyak 515.3 juta pound (RM2.8 bilion) bagi rekod kewangan 2016.

Dengan hanya memenangi Piala FA pada musim lalu, Red Devils turut menerima 14 tajaan termasuk empat tajaan global yang menyaksikan pendapatan penyiaran televisyen, perlawanan dan komersial meningkat.

Menurut portal BBC, pendapatan Manchester United dijangka terus meningkat pada 2017 kepada 540 juta pound (RM2.9 bilion) walaupun tidak beraksi dalam Liga-Liga Juara.

Juara liga 20 kali itu juga mencatat rekod baharu apabila mencatat keuntungan operasi sebanyak 68.9 juta pound (RM369 juta) dan laba pendapatan sebanyak 191.9 (RM1.03 bilion).

Naib Pengerusi Eksekutif kelab itu, Ed Woodward berkata, fiskal kewangan kelab pada 2016 menunjukkan urusan perniagaan kelab semakin mengukuh dan mampu mencapai sasaran yang lebih tinggi pada tahun depan.

“Prestasi kewangan yang kukuh membolehkan pelaburan dibuat ke atas pasukan, pengurusan dan kemudahan bagi mencabar kejuaraan serta memburu lebih banyak trofi,” katanya.

Bagaimanapun jumlah hutang meningkat sebanyak 5.7 juta pound (RM31 juta pound) kepada 260.9 juta pound (RM1.04 bilion) disebabkan kesan pertukaran wang asing.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *