Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia menjadi negara pertama di dunia dibenarkan untuk melakukan program pra pelepasan (pre clearance) oleh Kerajaan Arab Saudi untuk melakukan ibadah haji musim ini.

Perdana Menteri berkata, program itu membolehkan jemaah tidak perlu melalui pemeriksaan pasport dan kastam setibanya di Jeddah berikutan proses itu sudah dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, program perantis itu akan membabitkan tujuh penerbangan terakhir bermula hari ini hingga Ahad ini dan akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Dengan kerjasama kerajaan Arab Saudi, ia boleh dipanjangkan pada musim haji akan datang dan mungkin ibadah umrah.

“Malaysia menjadi negara pertama dibenarkan untuk melakukan program pra pelepasan oleh Kerajaan Arab Saudi, satu pengiktirafan sangat bermakna kepada negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Ahmad Zahid.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *