Institut Automotif Malaysia (MAI), penganjur Autoshow Malaysia 2017, telah meletakkan pameran kereta yang terbesar di Malaysia itu ke tahap yang baharu dengan menampilkan simposium dan festival muzik.

MAI dalam satu kenyataan hari ini, berkata acara tahun ini akan menampilkan Simposium Automotif Antarabangsa Kuala Lumpur dan Festival SoundValley 2017, yang diadakan serentak dengan pameran kereta itu yang bertempat di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang.


Bertemakan “Mobiliti yang Pintar, Selamat dan Mampan”, Malaysia Autoshow diadakan dari 9 -12 Nov, mulai 10 pagi hingga 9 malam.

Pameran tersebut menampilkan 170 peserta, mempamerkan pelbagai produk teknologi dan perkhidmatan yang berkaitan dengan automotif termasuk memberikan perkembangan terkini kepada peminat dunia permotoran mengenai jenama kenderaan kegemaran mereka.

Pengunjung juga akan dapat menikmati pemeriksaan kereta 39 titik percuma melalui Minggu Penjagaan Kereta yang diadakan sebagai sebahagian daripada pameran itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari, berkata selepas pengumuman Dasar Automotif Negara 2014, industri itu telah menyaksikan pertumbuhan dalam pilihan pembelian kereta pengguna.

“Autoshow Malaysia 2017 adalah bukti kepada komitmen kami untuk menampilkan penyelesaian pengangkutan yang akan menjimatkan bahan api dan keselamatan,” katanya.

MAI turut menambah, kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang insurans Malaysia dan industri Takaful, terutamanya mengenai liberalisasi tarif kenderaan dan kebakaran, wajar menghadiri acara tersebut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *