Mahligai Cinta TV3, musim ke 9 bakal memulakan siaran pada 20 Oktober 2016, jam 11.30 pagi di TV3. Mempertaruhkan Juara Clever Girl Musim Pertama Fatin Nuraisya Hanipha berusia 28 tahun, kini memegang jawatan sebagai peguam dalam bidang hartanah, masih bujang dan berasal dari Kelantan.

Program berdurasi 30 minit ini, berkisar tentang majalah perkahwinan yang dihiasi 5 segmen menarik antaranya Segmen Fesyen, Segmen Trend, Segmen Cinta ( Perkahwinan VVIP & selebriti ) Segmen Personaliti Perancang Perkahwinan & Segmen Pandang Pertama.

Menurut Penerbit Mahligai Cinta, Farah Nadia Che Norudin, pada musim baru ini Mahligai Cinta mempertaruhkan wajah baru Fatin Nuraisya Juara Clever Girl Musim Pertama, kerana inginkan sesuatu pembaharuan & sesuai dengan latar belakang Fatin Nuraisya yang bijak, cantik, masih muda & boleh dijadikan idola bagi peminat mahligai cinta, khususnya golongan remaja yang menjadi penonton setia.

mc-farah

(Penerbit Farah Nadia bersama Fatin Nuraisya)

Selain mempunyai pakej yang lengkap Fatin adalah produk yang dihasilkan oleh Media Prima Berhad, yang harus di gilap ke peringkat yang lebih baik. Kebetulan Fatin sendiri mempunyai minat dalam bidang pengacaraan & ingin mencuba sesuatu yang berlainan dari kariernya sebagai peguam dan ternyata sepanjang rakaman mahligai cinta 13episod fatin dapat menguasai bidang baru ini dan memperbaiki penyampaiannya dengan lebih baik hari demi hari.

Malah ketika sesi Voice Over hanya dengan beberapa kali “sesi coaching” Fatin dapat mempelajari apa yang disampaikan oleh Penerbit. Sikap Fatin yang sangat komitmen & berdikari memudahkan krew penerbitan untuk membantu Fatin menguasai bidang baru ini, dengan mudah.
Mahligai Cinta bukan sahaja program perkahwinan atau majalah perkahwinan, namun ianya diharap dapat menyebarkan ( informasi ) yang berguna dalam merancang majlis perkahwinan yang dihajati. Selain banyak informasi berguna, Mahligai Cinta di harap dapat menyelesaikan kekusutan anda dalam mengatur majlis yang serba sempurna.

Melihat kepada 5 segmen yang terkandung dalam Mahligai Cinta Musim baru, antaranya segmen fesyen busana perkahwinan, kami sangat bertuah kerana diberikan kepercayaan oleh 13 orang designer yang popular di Malaysia yang bertindak menghasilkan busana baru untuk digayakan semasa sesi pengacaraan & sebagai penghargaan mahligai cinta memberikan slot fashion dalam durasi 5 minit berserta sesi temubual dengan designer, bagi dimuatkan dalam segmen fesyen. Antara pereka fesyen yang mengambil bahagian adalah Putra dari Cosry, Datuk Radzwan Radziwill, Jovian Mandagie, Calvin Thoo, Man Kajang, Azzamoff, Arma Couture, Azura Couture, Fizi Woo, Kashfi, Bella Ammara Couture, Salikin Sidek.

mc2

Kesemua rekaan yang di tonjolkan adalah rekaan terkini dari 13 designer yang telah kami pilih berdasarkan kredibiliti & kehebatan mereka menghasilkan busana perkahwinan yang indah. Juga tidak ketinggalan populariti yang diraih selama berkecimpung dalam arena ini.

Tidak ketinggalan segmen trend perkahwinan mahligai cinta, mencungkil trend terkini yang menjadi ikutan & mudah di aplikasikan dalam kehidupan seharian antaranya trend hena, trend sanggul tradisional, trend rawatan spa raja sehari & trend kek perkahwinan.

Segmen Cinta iaitu segmen perkahwinan yang menjurus kepada perkahwinan yang menjadi impian, sangat meriah & tampil unik. Sebahagian dari perkahwinan ini adalah perkahwinan keluarga kenamaan juga selebriti popular tanahair. Segmen perkahwinan adalah tunjang utama dalam memeriahkan lagi slot mahligai cinta dan ianya dinantikan oleh peminat setianya.

Segmen perancang perkahwinan pula, Mahligai cinta mengetengahkan personaliti yang berjaya dalam karier yang diceburi sebagai perancang perkahwinan dengan memberikan tips dalam merancang perkahwinan,budget yang diperlukan lokasi majlis dan perancangan keseluruhannya.

Kebanyakkan perancang perkahwinan ini, sangat popular dan khidmatnya digunakan dalam merancang majlis yang melibatkan skala yang besar & mereka ini sangat terkenal dalam mengendalikan majlis bertaraf 5 bintang.

Begitu juga segmen pandang pertama, lebih menjurus kepada tips perhubungan pasangan yang telah berjaya mengemudi perkahwinan yang berusia 5tahun keatas.

Kebanyakkan selebriti pilihan adalah golongan artis & idola yang sesuai dijadikan inspirasi dalam melayari alam rumahtangga. Selain menyingkap saat indah pertemuan, mahligai juga berkongsi tips perkahwinan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan hari ini.

Tidak ketinggalan mahligai cinta juga mendapat sambutan baik dari Para Penaja lokasi moderator host iaitu sebanyak 13 lokasi yang bekerjasama melakukan dekorasi ala perkahwinan impian dengan kerjasama dari perancang perkahwinan dan pakar hiasan dalaman.

Antara lokasi pilihan adalah Casa Ombak Jalan Damai Ampang, Sangkot Place Ulu Langat, Puri Buana Garden Wedding Bangi, Astana Wedding Place & Function Space Shah Alam, Bizmilla Hall, Orchard Villa Gombak, Asmara Penchala, Dewan Dmahliga & Restoran Nelayan Titiwangsa by Felda Dsaji ), Sangkot Tree by Fiza Dtouch Wedding Galore, Villa Dmass Ulu Langat, Veillaris Event & Venue Bangi dan banyak lagi para penaja yang turut serta dalam memeriahkan mahligai cinta dengan dekorasi yang sangat menarik juga tajaan makanan buat krew yang terlibat.

Tidak ketinggalan tajaan lokasi bagi segmen fesyen, bersama pereka fesyen bertempat di lokasi Philea Mines Resort, Impiana Hotel KLCC, Marriot Putrajaya, Hotel federal KL, Zebra Square, Sunway Putra Hotel KL dan banyak lagi yang sudi menaja lokasi yang pastinya memaparkan keindahan sekitarnya.

Menggunakan khidmat jurusolek artis Norashikin Mat Som, dan Juru Kamera dari Horizon Studio diharap kelainan yang ditampilkan oleh mahligai cinta pada kali ini, menghasilkan sesuatu yang sangat menarik dari segi visual & hasil kerja secara berkumpulan.

Diharap ianya dapat memberikan suntikan baru untuk Program Perkahwinan yang popular di tanahair iaitu mahligai cinta dengan rating 1juta setiap kali bersiaran.

Jangan lupa saksikan Mahligai Cinta yang bakal menemui anda bermula 20 Oktober 2016 – 12 Januari 2017 setiap hari Khamis bermula jam, 1130 pagi di TV3.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *