Lebih 200 ahli Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia berhimpun bagi membuat bantahan dan menuntut Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik kenyataan terhadap masyarakat itu yang disifatkan menghina serta berbaur perkauman.

Timbalan Presidennya, Tasman Matto, berkata kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyebut Bugis sebagai lanun, mengguris hati dan menyedihkan seluruh masyarakat Bugis di Malaysia yang dianggar sejuta orang.

Katanya, lebih 70,000 ahli persatuan berkenaan mewakili masyarakat Bugis di seluruh negara ini mahu Dr Mahathir memohon maaf dan menarik balik kenyataan terbabit.

“Sebagai negarawan dan bekas pemimpin negara, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Soal perkauman jangan kita bangkitkan kalau mahu Malaysia terus maju, keamanan perlu kita jaga. Soal politik itu adalah ideologi masing-masing, tidak perlu kita campur adukkan. Jangan khianati keamanan ini.

“Kita minta beliau tarik balik kenyataan itu kerana ia bukan hanya membabitkan masyarakat Bugis di negara ini tetapi juga negara lain seperti di Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditemui selepas membuat perhimpunan bantahan

bersama lebih 200 masyarakat Bugis di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *