Pembangkang menyasarkan untuk mengambil alih kerajaan  Perak dan Terengganu melalui tindakan ‘lompat’ parti wakil rakyat negeri itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang juga bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata, negeri berkenaan hanya memerlukan dua wakil rakyat bertukar parti.

“Kita tidak perlu tunggu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk menang,” katanya ketika bercakap mengenai Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh yang kini menyertai PPPB.

Susulan itu, Barisan Nasional (BN) Johor kehilangan dua pertiga majoriti dalam pentadbiran negeri itu.

Dr Shahruddin antara kenamaan yang bersama Dr Mahathir pada majlis yang dihadiri lebih 1,000 orang itu.

Dr Mahathir menambah, pembangkang akan bekerjasama untuk memastikan adanya saingan satu lawan satu dengan calon BN, bukannya pelbagai penjuru pada PRU-14 nanti.

Dr Shahruddin ketika ditemui berkata, beliau meninggalkan Umno dengan berat hati, tetapi melakukan untuk kepentingan negara.

“Saya akan terus menjalankan tugas kepada pendududk di kawasan,” katanya.

Ditanya sama ada lebih ramai wakil rakyat BN akan ‘lompat’ parti, beliau bagaimanapun menganggap ia tidak akan berlaku.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *