Hasrat Liverpool untuk menghadiahkan kemenangan kepada penyokong di Anfield tidak menjadi kenyataan apabila Harry Kane menjaringkan gol penyamaan 1-1 untuk Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) , awal pagi Ahad.

Kane menjaringkan gol ke-22nya dalam aksi EPL musim ini selepas menyudahkan hantaran Dejan Lovren pada minit ke-63.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi jaringan Philippe Coutinho pada minit ke-51.

Penjaga gol Spurs, Hugo Lloris patut diberi pujian selepas berjaya menyelamatkan beberapa percubaan daripada Coutinho, Daniel Sturridge dan Adam Lallana selain menampan bola Heung-min Son yang hampir menerjah masuk ke gawang sendiri.

Kane turut mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan tetapi kedudukan kekal seri sehingga tamat perlawanan.

Kedua-dua pasukan berusaha keras untuk mengutip tiga mata penuh dengan Coutinho hampir menjaringkan gol kedua dan Simon Mignolet berjaya menyelamatkan percubaan Mousa Dembele.

Dengan keputusan seri itu, Spurs kini ketinggalan empat mata di belakang Leicester City yang menduduki tangga teratas liga.

Liverpool pula di tempat kesembilan dengan mengutip 45 mata daripada 30 perlawanan.

Manakala Leicester pula berpeluang menjarakkan kedudukan di depan Spurs dengan tujuh mata sekiranya menundukkan Southampton di Stadium King Power, malam Ahad.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *