Lima pendaki Jerman terbunuh dan enam yang lain cedera selepas terbabit dalam kemalangan di kawasan Pergunungan Alps, di sini, kata pasukan penyelamat.

Kemalangan berlaku di bawah laluan Mannlkarscharte, kira-kira 80 kilometer di selatan tengah bandar Salzburg, berpunca daripada tali terputus selepas salah satu kumpulan tergelincir ketika mendaki di atas glasier pada ketinggian 3,000 meter.

Ketua pasukan penyelamat, Franz Gensbichler berkata, kumpulan lain yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan dua pendaki cuba mengelak daripada jatuh dengan menggunakan alat pemecah ais tetapi gagal.

Lima buah helikopter dihantar ke tempat kejadian untuk membawa mangsa yang parah ke hospital di Schwarzach. Semua mangsa masih belum dikenal pasti.

Setakat ini, kejadian ini adalah kemalangan terburuk yang pernah berlaku di Pergunungan Alps, Austria berbanding puluhan kematian yang dilaporkan setiap musim. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *