Seorang lelaki cuba membuka pintu kecemasan AirAsia ketika pesawat masih di udara.

Insiden itu sekaligus mencederakan penumpang dan kru pesawat yang cuba menghalangnya.

Sebaik sahaja mendarat, Aftab Ahmed, 32,  ditahan dan dihantar ke bahagian keselamatan lapangan terbang di timur bandar Ranchi pada Isnin.

“AirAsia ingin melaporkan seorang penumpang tidak berdisiplin yang menaiki pesawat dari New Delhi ke Ranchi pada 10 Julai,” jelas seorang jurucakap pesawat dalam satu kenyataan.

“Sebaik sahaja mendarat di Ranchi, penumpang tersebut telah dihantar ke Pusat Kawalan Keselamatan India (CISF) untuk siasatan lanjut.”

Namun, pihak berkuasa masih belum melaporkan maklumat terkini insiden tersebut.

Menurut Press Trust of India, Ahmed adalah penduduk Ranchi di pusat bandar Jharkhand.

Insiden ini terjadi dua bulan India mengumumkan perancangan untuk tidak membernarkan penumpang yang tidak disiplin, berikutan kes-kes kontroversi ahli politik yang menganiaya kru pesawat.

Kementerian Penerbangan Awam mencadangkan untuk mencegah penumpang bagi tiga kategori kelakuan negatif – pernyataan lucah dan gangguan seksual, merosakkan pesawat dan serangan keganasan.

Penumpang akan di senarai hitam selama tiga bulan atau selama-lamanya, bergantung pada tahap  kelakuan mereka.

Untuk rekod, Ravindra Gaikwad, seorang ahli politik dari barat Maharashtra,menjadi tumpuan utama Mac lalu kerana memukul kru pesawat Air India menggunakan selipar.

Pada Februari, seorang penumpang pesawat Indigo membuka pintu kecemasan sebelum pesawat berlepas di Mumbai.

Dan pada 2016, seorang pelancong mabuk dari Jerman melakukan aksi yang sama selepas pesawat yang dinaikinya mendarat di Mumbai, dan memberitahu kepada pihak berkuasa bahawa perbuatannya itu ‘hanya untuk berseronok’.- AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *