Sekurang-kurangnya lapan maut akibat dipanah petir ketika sedang melombong emas di Republik Demokratik Congo hari ini.

Pegawai daerah, Christophe Ikando berkata, tragedi berlaku ketika hujan lebat di bandar timur laut Dungu dalam wilayah Haut-Uele berhampiran sempadan Sudan Selatan.

“Seramai 30 pelombong dipanah petir termasuk tujuh yang maut serta merta manakala mangsa kelapan meninggal dunia ketika dirawat di hospital,” katanya.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, serangan seperti itu adalah pemandangan biasa di rantau timur kaya emas.

Tahun lalu, sekumpulan murid sekolah rendah dipanah petir, menyebabkan tiga daripada mereka maut manakala beberapa guru pengiring dilaporkan cedera. – AFP

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *