Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, KPDNKK berkata tindakan individu yang menularkan semula laporan akhbar tahun 2016 menerusi media sosial yang menyatakan bahawa harga LPG akan dinaikkan amat dikesali.

“KPDNKK menafikan sekeras-kerasnya bahawa LPG akan mengalami kenaikan harga, memandangkan ia adalah satu daripada lima barang kawalan KPDNKK.

“Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan dikhuatiri akan menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna,” katanya.

Kementerian itu meminta semua pihak untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menularkan sesuatu berita atau boleh membuat rujukan di portal sebenarnya.my.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *