Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia atas kesilapan yang berlaku berhubung bendera Indonesia dalam sebuah buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Beliau berkata, kesilapan itu tidak disengajakan.

“Bapak Imam, saya minta maaf atas kesilapan ini. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf,” katanya.

Khairy berkata demikian menerusi akaun Twitter rasminya sebagai jawapan kepada catatan Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi, mengenai kesilapan demikian.

Dalam buku panduan itu, bendera Indonesia dicetak terbalik.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *