BAGAN DATUK, Kerajaan akan menghantar bantuan kemanusiaan berupa makanan dan barangan keperluan harian bernilai RM4 juta kepada pelarian Rohingya yang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata misi penghantaran bantuan itu telah dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua kepimpinan Barisan Nasional pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di ibu negara pada jumaat.

“Kerajaan juga mendapat penajaan daripada syarikat penerbangan untuk membawa bantuan kemanusian ini bagi membantu masyarakat Rohingya yang lari menyelamatkan diri,”katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat sempena Program Merdeka Ride 2017 di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang merupakan Penaung Persatuan Superbikers Malaysia (SAM) turut meraikan konvoi 350 anggota SAM dari seluruh negara selain konvoi superbikers dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei sempena Merdeka Rides.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk turut meraikan tiga pasangan pengantin selain menyampaikan sumbangan kepada 20 asnaf terpilih.

Dalam pada itu, timbalan perdana menteri turut meminta kumpulan superbikers tanpa mengira bangsa, kaum dan negara agar menyatakan solidariti serta prihatin dengan nasib pelarian Rohingya.

“Kita perlu berasa syukur dengan keamanan yang dikecapi, namun jangan dilupakan bahawa pelarian Rohingya yang sengsara ekoran dinafikan hak mereka,”katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *