Kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru-baru ini mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan muslihat pihak tertentu untuk dijadikan buah mulut rakyat semasa sambutan Aidilfitri.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, terdapat banyak perkara yang mencurigakan dengan saman perlucutan hak sivil yang dibuat DOJ.

“Cubaan DoJ untuk memfailkan saman sivil hanya berdasarkan laporan daripada pihak yang tidak dikenali amat mencurigakan.

“Lebih mencurigakan apabila syarikat milik penuh kerajaan, 1MDB yang dikatakan wangnya dicuri tidak pernah dipanggil oleh pihak DoJ untuk memberi sebarang kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

DoJ menfailkan saman sivil itu bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB, yang didakwa diselewengkan.

Sementara itu, Ab Aziz yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Sri Gading mendakwa terdapat usaha daripada pihak tertentu yang cuba menghidupkan kembali isu ini supaya ia berpanjangan hingga PRU14.

“Pembangkang dilihat semakin terdesak apabila mereka semakin ketandusan isu untuk dimainkan menjelang PRU 14 sedangkan kita seharusnya berpegang kepada siasatan yang telah dijalankan oleh penguatkuasa dalam negara.

“Selain itu, pihak berkuasa juga harus mengadakan siasatan segera terhadap laporan Exco Armada Bersatu yang mengatakan terdapat usaha melobi DoJ untuk membawa kes ini ke hadapan,” katanya lagi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *