Naib Presiden PKR Rafizi Ramli akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kenyataan berkaitan bom yang dibuat dalam satu ceramah baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

“Masih dalam siasatan. Sehingga kini, kita masih belum memanggilnya untuk disoal siasat. Tetapi kita akan panggil beliau.

“Walaupun beliau bergurau, ia masih satu ancaman,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Dewan Tun Salleh di kuarters Balai Polis Kuala Kangsar pada Selasa.

Dalam kempen Amanah pada 9 Jun lalu, Rafizi semasa ucapannya mahu calon Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar membuat sebutir bom atom untuk dibaling ke dalam Parlimen dan diletupkan.

Abdul Rahim mengingatkan ahli politik dan parti bertanding pada PRK itu agar tidak mencetuskan provokasi antara satu sama lain semasa kempen dan membangkitkan isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *