Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan komited mempromosikan Sabah dan Sarawak sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan kepelbagaian produk pelancongan daripada tarikan berasaskan ekopelancongan, pengalaman pelbagai budaya, acara dan perayaan.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata antara usaha yang dilaksanakan ialah menerusi jalinan usaha sama strategik dengan syarikat penerbangan untuk mempromosi Sabah dan Sarawak sebagai destinasi pelancongan.

Katanya usaha pertama yang dilaksanakan Tourism Malaysia menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan Singapore Airlines (SIA) di Bursa Pelancongan Antarabangsa Berlin, Mac lalu bagi membawa masuk lebih ramai pelancong Eropah ke Malaysia pada tahun ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *