Kelantan tidak mahu mendabik dada walaupun menang 3-0 ke atas Terengganu dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini malam tadi.

Pembantu jurulatih Pamoga Qu Puteh The Red Warriors Kamaruddin Mohamad berkata jentera serangan dan pertahanan perlu diperbaiki bagi mengharungi perlawanan akan datang.

“Kami akan menyusun kembali corak latihan kerana masih ada dua baki perlawanan dalam pusingan pertama ini iaitu menentang Selangor dan Felda United.

“Kemenangan pada malam ini membuktikan kami mampu bangkit walaupun mendapat kritikan peminat berikutan prestasi hambar dalam beberapa perlawanan sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini.

Kelantan melonjak ke tangga kelima carta dengan kemenangan 3-0 ke atas Terengganu.

Tiga gol pasukan pasukan tuan rumah itu dijaringkan Wan Zack Haikal Wan Md Noor pada minit ke-12, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (62′) dan Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (88′).

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *