Beraksi di tempat lawan dan terpaksa bermain dengan 10 pemain tidak menghalang skuad Kelantan mengikat Selangor dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Perlawanan ke-11 Liga Super musim ini dan skuad The Red Warriors kali ini dikemudi jurulatih baru, Velizar Popov.

Pada aksi yang penuh debaran di Stadium Shah Alam itu, skuad The Red Warriors pada awalnya dilihat memberi tekanan kepada tuan rumah.

Bagaimanapun, Kelantan terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Wan Zack Haikal Wan Noor dikenakan kad merah pada minit ke-28 susulan kekasaran dilakukannya.

Berbeza pada penampilan mereka sebelum ini, persembahan Kelantan dilihat lebih tersusun khususnya di posisi tengah melalui hantaran-hantaran pendek.

Namun, percaturan pasukan pelawat mudah dipatahkan oleh pemain di benteng pertahan Selangor.

Skaud Gergasi Merah pula tetap berjaya mengawal tekanan terutamanya selepas Wan Zack keluar padang.

Walaupun gagal menggunakan kelebihan yang ada, sekurang-kurangnya anak didik Zainal Abidin Hassan tidak dimalukan di laman.

Mereka mencipta banyak peluang antaranya di minit ke-17 melalui percubaan Nazmi Faiz Mansor yang hanya meleret ke sisi kanan gawang lawan.

Kelantan pula mencipta gerakan paling cantik dan berbahaya pada minit ke-66 melalui hantaran Brendan Gan disambut penyerang import, Dramane Traore.

Bagaimanapun, Traore terlewat menyudahkan hantaran silang kepada rakan sepasukan di hadapan gol Selangor.

Keputusan itu menyaksikan Selangor kekal di tangga ketiga kekal, manakala Kelantan masih di kedudukan keenam.

Keputusan lain pula menyaksikan:

Kedah 2-0 PDRM

T-Team 0-0 Terengganu

Penang 1-2 Felda United

Sarawak 3-2 Perak

JDT 3-0 Pahang

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *