Pahang FC bertungkus-lumus di gelangang sendiri untuk menundukkan pasukan Kelantan 4-3 di Stadium Darul Makmur malam tadi sekali gus membolehkan mereka memperbaiki kedudukan dalam Liga Super musim ini.

Ketua Jurulatih Pahang, Mohamad Razip Ismail berkata rata-rata anak buahnya telah menonjolkan daya juang yang tinggi dan terus berusaha sehingga ke babak akhir permainan bagi menyaingi kehebatan pihak lawan.

“Walaupun dikejutkan dengan jaringan oleh pasukan lawan pada minit awal perlawanan, namun pemain Pahang tidak mudah melatah malah bangkit untuk menyamakan kedudukan.

“Selepas itu, pemain terus bersemangat untuk merobek gawang Kelantan sehinga berjaya mendahului 3-1, namun kelalaian dan kesilapan terutama di bahagian pertahanan menyebabkan Kelantan berupaya menyamakan keputusan kepada 3-3 sebelum perlawanan disudahi dengan kemenangan kepada Pahang kita,” katanya.

Walaupun hanya melakarkan kemenangan tipis, beliau tetap berbangga dengan prestasi ditunjukkan oleh pemain Tok Gajah yang disifatkannya semakin meningkat dibantu oleh pemain import.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *