Kelab Teater Belia Filipina pentaskan sebuah muzikal bertempat di Manila Park  untuk mencabar Presiden mereka, Rodrigo Duterte mengenai perang dadah lapor Channel News Asia.

Persembahan selama 20 minit itu menunjukkan seorang penjual keranda yang perniagaannya sangat laku dengan bilangan mayat yang semakin bertambah namun kemudiannya penjual tersebut bersama dengan rakan-rakannya turut sama terlibat dengan pembunuhan gaya itu.

Pengarah seninya, Jessie Villa Brille berkata persembahan tersebut meliputi masalah yang berlaku kini disebabkan oleh perang dadah yang dilancarkan oleh Duterte.

“Muzikal ini mengisar tentang masalah dalam masyarakat terutamanya perang pada dadah dan ironi daripada perkara ini.

“Selain itu,terdapat juga beberapa pihak yang mengaut keuntungan daripada peperangan dan pembunuhan ini,” katanya kepada Reuters.

Lebih 8,000 penagih dan penjual dadah dibunuh sejak Duterte mengambil alih kepimpinan 30 Jun lalu, oleh pihak polis namun ada juga secara misteri.

Sementara itu, pihak berkuasa menafikan sekeras-kerasnya salah lagu yang melibatkan ‘vigilante’ atau  kumpulan-kumpulan dadah lain.

Kumpulan teater itu juga turut merancang untuk membawa muzikal mereka ke sekolah-sekolah dan mengadakan versi yang lebih panjang bulan hadapan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *