Share on Facebook

SHAH ALAM, Kelab Sahabat N87 terus berbakti kepada ahli-ahlinya yang kurang bernasib baik.

Presidenya Tan Sri Suleiman Mohamed, Bendahari Agung Datuk Abdul Fatah Iskandar dan Penolong Bendahari Agung Datuk Yusof Izahar, hari ini melawat ahlinya yang juga bekas ahli parlimen Kuala Selangor Mohd Daud Hj Tarihep yang kini menghidapi pelbagai jenis penyakit, antaranya jantung, kencing manis, darah tinggi, usus dan lain-lain.

Mohd Daud Hj Tarihep pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Unit Perancang dan Pembangunan Negeri Selangor (Sept 1979-Ogos 1982). Pada Sept 1982 hingga Feb 1983 menjadi Ketua Penolong Setiausaha,kerajaan negeri Selangor(Bahagian Pentadbiran dan Protokol).

Kemudian beliau menjadi Ketua Penolong Pegawai Daerah Gombak (Mac 1983 -Dis 1986) Seterusnya menjadi Ketua Penolong Pengurus Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor(PKPS)(Jan-Jun 1987).

Timbalan Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Pertanian (Bahagian Ekonomi Pertanian)(Julai 1987-Dis 1990). Kemudian dilantik menjadi Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Penerangan Malaysia (Mei 1991-Mac 1998).

Tan Sri Suleiman dan Datuk Abdul Fatah menziarahi dan turut menyampaikan salam bagi pihak YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *