PUTRAJAYA, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima ‘kejutan’ sambutan hari jadi daripada kakitangan pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang meraikan ulang tahun ke-65 kelahiran beliau di bangunan Perdana Putra di sini.

Majlis ringkas itu berlangsung di pejabat Timbalan Perdana Menteri sebelum beliau menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri Sudan Mejar Jeneral Dr Hamid Mohamed Manan.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke pejabat, para petugas melaungkan ungkapan ‘surprise’ dan menyanyikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ sebelum beliau memotong pulut kuning yang tertera angka ‘65’.

Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad Zahid meminta petugas di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri untuk bekerja bersama-samanya mempertahankan ‘pejabat’ yang diduduki daripada jatuh ke tangan pihak lain, sambil mengakui 2018 merupakan tahun yang mencabar.

Beliau juga mahu semua petugas terbabit berazam memastikan semua kejayaan yang telah dibina kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus diperkukuh dan dipertahankan daripada dimusnahkan pihak tertentu.

“Jangan ada keraguan di hati kita terhadap kepimpinan kerajaan, jangan termakan fitnah,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *