Penalti Harry Kane memberi Tottenham Hotspur kemenangan 1-0 ke atas Middlesbrough sekali gus memberi tekanan kepada Chelsea dan membuka peluang kepada tuan rumah untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pertama sejak 1961.

Middlesbrough banyak melakukan taktik bertahan di White Hart Lane dan begitu cemerlang selama sejam perlawanan berlangsung sebelum Bernado menjatuhkan Heung-Min Son di dalam kotak penalti.

Spurs dihadiahkan penalti dan Kane dengan cemerlang menyempurnakan sepakan tersebut pada minit ke-58.

Middlesbrough cuba merapatkan jurang mata menerusi Alvaro Negredo yang mengumpan bola kepada Marten de Roon tetapi gagal disempurnakan.

Menerusi kemenangan itu, Spurs semakin mengejar rapat Chelsea dengan perbezaan sembilan mata daripada 24 perlawanan.

Spurs yang menduduki tempat kedua turut mendahului Arsenal yang tewas kepada Chelsea dengan kelebihan tiga mata.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *