KANADA, Seorang pegawai tinggi Kanada berada di Pyongyang untuk berunding berhubung pembebasan seorang rakyat negara itu yang kini ditahan di Korea Utara, lapor agensi berita China Xinhua.

Memetik laporan Canadian Broadcasting Corporation (CBC), perkara itu disahkan oleh jurucakap Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.

Sementara itu, Media Pyongyang melaporkan penasihat keselamatan dan kebangsaan Trudeau Daniel Jean, berada di Pyongyang untuk mengetuai delegasi Kanada bagi berunding mengenai pembebasan paderi gereja Toronto, Hyeon-Soo Lim.

“Keadaan diri dan kesihatan Lim menjadi keutamaan pihak kerajaan sebab itu kami adakan rundingan,” kata  pengurus perhubungan media Pejabat Perdana Menteri Cameron Ahmad.

Berdasarkan surat dihantar Lim kepada rakannya, sejak awal tahun beliau sering menghadapi masalah tekanan darah tinggi dan sakit di bahagian perut susulan itu keluarganya mendesak Perdana Menteri membantu membebaskannya.

Paderi berusia 62 tahun itu, ditangkap pada 2015 kerana didakwa membahayakan maruah kepimpinan tertinggi dan cuba menggunakan agama bagi memusnahkan sistem pentadbiran Korea Utara.

Delegasi Kanada tiba pada hari sama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran kepada Korea Utara.

Pegawai kanan itu berkata, kehadiran delegasi ke Pyongyang berdasarkan keadaan Lim dan tiada kena mengena dengan  isu peluru berpandu Pyongyang dan sekatan yang dikenakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *