Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berharap pertemuan dengan kerajaan negeri bagi membincangkan bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kepada badan induk bola sepak negeri itu mencapai keputusan positif, pada 4 Januari ini.

Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md Noor berkata, beliau yakin perjumpaan melibatkan pimpinan tertinggi kedua-dua pihak itu akan berlangsung dalam suasana penuh harmoni demi kelangsungan bola sepak negeri itu.

“Memang kalau diikutkan Kafa kesuntukan masa tetapi kami sentiasa bersedia melihat sebarang pertolongan daripada kerajaan negeri sebelum tarikh akhir (6 Januari) seperti ditetapkan oleh ahli gabungan sebelum ini.

“Setakat ini, jumlah penajaan kekal RM800,000 dan berbaki masa yang ada ini, saya merayu mana-mana syarikat atau sektor korporat yang mahu membantu Kafa tampil dengan segera berbincang dengan kami,” katanya  semalam.

Pertemuan di antara kerajaan negeri dengan Kafa sepatutnya berlangsung semalam namun ditunda, selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob perlu memberi keutamaan terhadap masalah banjir yang melanda beberapa daerah di negeri itu, ketika ini.

sebelum ini, kerajaan negeri menetapkan 1 Januari untuk mengadakan pertemuan dan memberi kata putus berhubung bantuan terhadap Kafa yang berdepan masalah kewangan akibat ketiadaan penaja.

Kongres luar biasa (EGM) Kafa di Kota Bharu, Khamis lalu, kekal dengan pendirian menarik diri penyertaan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2017.

Namun begitu, barisan Exco persatuan itu masih diberi mandat oleh ahli gabungan mereka untuk mencari dana sekurang-kurangnya RM3 juta sebelum 6 Januari ini, iaitu tarikh akhir pendaftaran pertama pemain jika mahu memastikan pasukan itu kembali bersaing pada musim depan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *