Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kadar jenayah di negara ini dari awal tahun hingga September lalu turun sebanyak 0.8 peratus.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, antara jenayah yang menurun melibatkan kes bunuh sebanyak 10.5 peratus, curi motosikal (8.04 peratus), curi kereta (10.33 peratus), jenayah harta benda (1.9 peratus) dan rogol (7.44 peratus).

“Bagaimanapun pada masa sama jenayah membabitkan kes ragut meningkat 36.18 peratus, samun senjata api (36.36 peratus), samun tanpa senjata api (13.29 peratus) dan jenayah kekerasan (3.80 peratus),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersama-sama pasukan keselamatan dan agensi kerajaan di Grand Paragon Hotel di sini hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *