Jutawan Rusia, Alisher Usmanov menawarkan bidaan sebanyak 1 bilion pound sterling untuk membeli kelab bola sepak Inggeris, Arsenal.

Usmanov, 63, ketika ini memiliki 30 peratus syer kelab itu menerusi Red & White Holdings dan berusaha untuk menambah kira-kira 67 peratus lagi syer bagi mengatasi pemegang saham majoriti, Stan Kroenke.

Menurut Press Association Sport, bidaan rasmi telah dikemukakan untuk saham Kroenke tetapi usahawan Amerika Syarikat itu dijangka menolak tawaran lumayan itu.

Usmanov menjadi pemegang saham kelab itu sejak 2007 dan meningkatkan syernya dari 14.6 peratus kepada 30 peratus ketika membeli Farhad Moshiri tahun lalu.

Dia tidak sebulu dengan Kroenke dan pada bulan lalu dia mendakwa isu yang melanda Arsenal tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu Pengurus Arsene Wenger.

“Saya tidak fikir jurulatih itu harus dipersalahkan 100 peratus atas apa yang terjadi,” katanya.

The Gunners akan berdepan kerugian jutaan pound dari segi pendapatan jika mereka gagal mara ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

Arsenal akan berdepan Everton pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris, malam Ahad dan perlu menang untuk kekal dalam kelompok empat pasukan teratas.

Walaupun tawaran Usmanov agak lumayan, Kroenke dilihat enggan melepaskan pegangan sahamnya di Emirates.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *