PUTRAJAYA, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sistem penyampaian sebagai usaha mencegah gejala rasuah dan penyelewengan dalam agensi penguatkuasaan itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata penggunaan teknologi dalam pembaharuan lesen, pembayaran cukai, denda dan kompaun melalui sistem dalam talian serta kiosk mengurangkan penglibatan antara JPJ dan pengguna, sekali gus mengurangkan risiko berlakunya salah guna kuasa dan rasuah.

Bagi penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalan raya pula, JPJ menangani kesalahan pemandu melalui Sistem Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang mana kedua-duanya berkonsepkan rakaman kamera, katanya.

“Meskipun aduan sifar merupakan perkara mustahil dicapai mana-mana agensi awam, namun penambahbaikan berterusan perlu dilaksanakan dan dilestarikan, khususnya hal berkaitan penyampaian perkhidmatan,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara JPJ dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pelancaran ‘No Gift Policy’ dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sini hari ini.

Perjanjian persefahaman itu ditandatangani  Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Ab Aziz berkata, seramai 33 petugas JPJ telah diambil tindakan tatatertib tahun lepas atas pelbagai kesalahan, yang mana lapan daripadanya dibuang kerja dan tujuh lagi digantung kerja.

Bagi kes berkaitan integriti pula, 10 daripadanya berhadapan dengan siasatan oleh SPRM, katanya.

Perjanjian persefahaman tersebut merupakan kesinambungan daripada Pelan Integriti JPJ yang dilancarkan Februari lepas, melaluinya agensi itu akan bekerjasama lebih erat dengan SPRM bagi mencapai sifar rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *