ARAU, Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2018 memberi peluang kedua bagi pelajar bumiputera yang tercicir menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata JBP juga membantu memenuhi impian pelajar lepasan sekolah yang tidak dapat melanjutkan pengajian kerana beberapa faktor antaranya kemiskinan.

“JBP 2018 yang merupakan inisiatif cetusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sangat berkesan dalam membantu rakyat yang kurang berkemampuan,” dipetik sebagai berkata.

Katanya menerusi program itu juga setiap pelajar yang terpilih akan diberi panduan dan menerima bantuan awal berupa wang tunai sebanyak RM1,500.

Program anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) itu akan menjelajah ke seluruh negara bagi mencapai sasaran 65,000 pelajar ditempatkan di 37 institusi kemahiran dan universiti awam yang terlibat dalam jelajah berkenaan, katanya.

Sementara itu Penaung YDAB yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk JPB, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar berkata siri jelajah yang bermula pada 2016 itu telah membantu hampir 100,000 pelajar bumiputera.

Katanya kumpulan sasaran jelajah itu ialah pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 hingga 2017 yang masih tidak berpeluang menyambung pengajian di mana-mana institusi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *