Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Joyful Malaysia Tarik Pelancong Ke Terengganu

Joyful Malaysia Tarik Pelancong Ke Terengganu

Pejabat Pelancongan Terengganu menyasarkan 100,000 pelancong dari dalam dan luar negara ke Terengganu selepas promosi Joyful Malaysia @ KLIA & KLIA2, sepanjang Oktober ini.

Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Razak, berkata program kolaborasi Malaysia Airports Berhad (MAB), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Kerajaan Terengganu itu bertujuan memperkenal dan mempromosikan produk serta destinasi pelancongan tempatan di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan klia2.

“FAMA melalui premis Agrobazaar di lot kedai klia2 akan memberi kerjasama mempromosikan produk daripada 15 usahawan tempatan.

“MAB pula menyediakan pentas utama dan ruang legar di KLIA dan klia2, selain tayangan iklan secara percuma di layar skrin di terminal serta media,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, pemilihan KLIA dan klia2 sebagai lokasi program itu tepat berikutan terminal penerbangan itu menjadi pintu masuk utama pelancong ke negara ini dan mengendalikan sehingga 25 juta penumpang setahun.

“Ia dapat menyampaikan secara terus kepada masyarakat dan pelancong luar maklumat sebenar mengenai prasarana, perkhidmatan dan pembangunan industri pelancongan di negeri ini, sekali gus menjadikan mereka tertarik untuk mengunjungi Terengganu,” katanya.

Leave a Reply

Top