Presiden Indonesia Joko Widodo mengeluarkan arahan menembak mati pengedar dadah warga asing sebagai tindakan lebih tegas dalam memerangi musuh negara itu.

“Polis dan pihak tentera telah bertindak tegas terutama ketika berdepan pengedar dadah di negara ini.

“Jika ditahan, tembak saja, jangan tunjukkan belas kasihan,” katanya yang dikenali sebagai Jokowi.

Bercakap pada majlis di sini pada Jumaat malam, beliau juga memberi amaran bahawa negara itu dalam keadaan serius kerana masalah dadah.

Bagaimanapun, komennya telah menarik perhatian rakan sejawatannya, Rodrigo Duterte yang telah dikritik hebat kerana tindakannya memerangi pengedar dadah dan mengakibatkan ribuan terkorban.

Indonesia adalah antara negara yang menguatkuasakan undang-undang berkaitan dadah yang tegas dan setakat ini 18 pengedar dadah telah ditembak mati sejak 2013.

Daripada jumlah itu, 15 adalah warga asing  termasuk Andrew Chan dan Myuran Sukumaran iaitu anggota kumpulan Bali Nine yang cuba menyeludup 8.3 kg heroin pada April 2005.

Dianggarkan Indonesia mempunyai 1.2 juta penagih dadah di seluruh negara itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *