Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Jimat Sehingga 20% Di Jualan Sentuhan Rakyat ET2018

Jimat Sehingga 20% Di Jualan Sentuhan Rakyat ET2018

KUALA NERUS, Sekilo daging lembu, hanya dijual dengan harga RM25, jauh lebih murah berbanding harga semasa iaitu RM30.

Bukan itu sahaja, barang keperluan asas lain termasuk gula, minyak, telur, beras dan ikan juga menawarkan potongan bermula lima hingga 20 peratus sempena Program Jualan Sentuhan Rakyat di Ekspo Terengganu 2018 pada Jumaat dan Sabtu ini.

Jualan tersebut merupakan anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Pengarah KPDNKK negeri Saharuddin Mohd Kia berkata selain itu, tujuh ekor lembu juga akan disembelih dan dijual kepada pengunjung ekspo tersebut.

“Esok kita akan menjual daging daripada tiga ekor lembu manakala empat ekor lagi akan disembelih Sabtu ini.

“Harga daging dan bahagian lain akan dijual lebih murah daripada harga pasaran antaranya hati, limpa dan tulang, akan dijual pada harga RM17 sekilogram berbanding RM20 hingga RM22 di pasaran,” katanya ketika ditemui pemberita di ekspo itu.

Ekspo yang bertemakan #TerengganuMolekDoh itu merupakan penganjuran julung kali kerajaan negeri secara besar-besaran bagi memberi pendedahan kepada rakyat Terengganu mengenai kejayaan dan pembangunan yang telah dilaksanakan.

Leave a Reply

Top