Jabatan Imigresen Malaysia akan menamatkan kontrak tiga syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengambilan semula pekerja asing tanpa dokumen termasuk MyEG Services.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata keputusan itu susulan pengumuman Kementerian Dalam Negeri yang menamatkan program pengambilan semula, 30 Jun ini.

“Sebagaimana yang disebutkan sebelumnya oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelaksanaan pengambilan semula perkerja itu dijadualkan berakhir 30 Jun ini.

“Program ini sedang dijalankan oleh tiga vendor iaitu MyEG, Bukit Megah Sdn Bhd dan Iman Resources Sdn Bhd,” dipetik sebagai berkata.

Sebelumnya, beliau bersama Muhyiddin menyertai serbuan ke atas pekerja asing di Jalan Petaling dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Jabatan Imigresen.

Sementara Muhyiddin berkata dalam operasi itu, seramai 170 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) ditahan atas pelbagai kesalahan dan dokumen seramai 330 pekerja asing telah diperiksa.

“Sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 31 Mei 2019, pihak Imigresen mengadakan sebanyak 6,204 operasi penguatkuasaan seluruh negara.

“Seramai 76,276 telah diperiksa dan hasilnya seramai 18,521 Pati pelbagai warganegara telah ditahan atas pelbagai kesalahan,” katanya dipetik daripada laman Facebook Jabatan Imigresen Malaysia.

Daripada jumlah itu, 6,489 warga Indonesia, 3,598 warga Bangladesh, 1,963 warga Mynamar dan bakinya dari lain-lain negara.

469 tangkapan pula membabitkan majikan yang terlibat melindungi atau menggaji Pati.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *